Assalamualaikum WBT... Muhammad Rizam Hj Bakri (^^) +60198011437

Monday, March 28, 2011

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

hehe..try lah...

Monday, February 28, 2011

Bina Peribadi Waktu Makan

Assalamualaikum WBT... Sudah sekian lame aq dah x update blog disebabkan bz buat asgmnt kt IPG nie.. ASSIGNMENT!!! Huhuhuhuhu.... Asgmnt nie bukanlah perkari yg asing bagi pelajar IPT/IPTA dah jadi lumrah dah.. So nak tanak kene buat jugak la untuk mecapai impian masing2 InshaALLAH... 

Dah2 sume nie melalaikn je... Sebenarnya Aq nk share somthng yg best kt blog aq nie tentang makan so mari sama2 kita praktikkan peribadi sewaktu makan.


Bina Peribadi Waktu Makan
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
“Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.”


2.Baca bismilah dan guna tangan kanan
“Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.”


3.Ambil lauk terdekat dulu
“Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

“Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya.”


4.Kawal suapan
“Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah – mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.”

Ustaz Sobri berkata, “Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.”

Monday, February 7, 2011

Ceriteria Lawak

Pergghhh!!! Letey sungguh hari ini, nie sume sebab kawad pengakap la nie. Ingatkn masuk unit beruniform pengakap xda kawad rupenya sume same gak... Sambil2 nk kurangkn penat nie saya nak berkongsi beberapa cerita lawak..... Jom bce...


Lawak 1
SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDINGLAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....

Lawak 2
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar.
Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon, saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???


Lawak 3
Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 4
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Lawak 5
Dalam sebuah kebun ada bermacam-macam pokok buah-buahan, tiba-kebun kebun tu terbakar, semua buah-buahan musnah kecuali 3 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. Buah Cempedak = diluar pagar
2. Buah Keranji = didalam perahu
3. Pisang Emas = dah dibawa belayar... jgn marah haaaa...


Lawak Pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
 ------------------------------------------------------
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
 ------------------------------------------------------
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
------------------------------------------------------
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
 -----------------------------------------------------
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
 ------------------------------------------------------
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
 ------------------------------------------------------
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
 ------------------------------------------------------
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
 ------------------------------------------------------
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Sunday, February 6, 2011

Qalam Xperian: Iman Al Insyirah

Qalam Xperian: Iman Al Insyirah: " Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zohor dikumandangkan dari sebuah masjid kam..."

Qalam Xperian: For The 1ST Time

Qalam Xperian: For The 1ST Time: "Alhamdulillah.... Segala Puji Bagi ALLAH tuhan sekalian alam…… Saya amat bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk terus berna..."

Iman Al Insyirah

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zohor dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shoff hadapan. Solat wajib dia laksanakan dengan ruku' dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.

Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul Langitpun Tergoncang. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul. Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah Bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok.

Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid'ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya? Allah swt yang menciptakan, maka sudah barang tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah.

Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi penasaran dan justru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bhawa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.

Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT. Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya si pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya.


Saat pensyarah menerangkan satu persatu, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa. Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Quran dan Rasulullah saw dalam hadits. Astaghfirullah!, Ali beristighfar. Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khawatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah panah-panah iblis.

Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Utsman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali. Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali, tekad Nisa dalam hati.

Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali. Kerana menganggap Nisa adalah ladang dakwah yang berpotensi, Ali menanggap dengan senang hati. Hari berlalu tanpa sengaja Ali memandang Nisa.

Ada bisikan yang berkata, Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak terlau cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu.

Namun bisikan yang lain muncul, Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita. Ali gundah.

Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, pikiran dan hatiku ini berzina.

Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik, hanya adik. Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat Hampir setiap hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa.

Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disedarinya, dia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama, tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah.., tak ada wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati kerana ia mencintai Nisa. Bisikan-bisikan itu datang kembali.

Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati! Cintamu bukan kerana Allah, tapi kerana syahwat semata.

Tapi bisikan lain berkata, Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu bercouple kan secara sihat, secara Islamik..

Benar juga.. Ali mengangguk-anggukkan kepalanya.

Manalah ada pacaran Islamik, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?, bisikan yang pertama terdengar lagi.

Terdengar lagi bisikan yang lain, Terlalu banyak peraturan! Begini zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!

Terdengar bantahan, Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan.

Bisikan lain berkata. Bla.., bla.., Ali, masa muda.., masa muda, jangan sampai disia-siakan, rugi!

Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita. Ali mengangkat gagang telefon. Jari- jarinya bergetar menekan nomor telepon Nisa.

Aah.., aku tidak berani. Ali menutup telefon.

Bisikan itu datang lagi, Menyatakannya, guna surat saja, supaya romantik.

Aha! Benar!  Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.

Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, lalu Utsman berkata, Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lah. Sudah jadi akhawwat! Ali terkejut mendengarnya, namun rasa penasarannya membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras.

Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Quran, isinya : Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (QS. An Nuur : 30)

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(QS. Al Mu'minuun : 19).

Ali menghela nafas panjang Astaghfirullah! Astaghfirullah! Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah! kami dengar dan kami taat. 

Astaghfirullah!

Saturday, February 5, 2011

For The 1ST Time

Alhamdulillah.... Segala Puji Bagi ALLAH tuhan sekalian alam……  Saya amat bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas, berjalan , berlajar,dan menikmati keindahan dunia yang fana ini. Pertama kali menulis blog pelbagai perasaan timbul.Mungkin takut apa yang ditulis tidak memberi manfaat sekaligus melalaikan lagi manusia yang membacanya. Nauzibillah… Jadilah hasil karya ini sebagai wadah untuku mendidik jiwaku kearah kebaikan dan mengenali serta merapatkan lagi hubungan antara insan. Walaupun terlewat saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua sahabat seperjuangan saya di IPG Kampus Pendidikan Teknik KL. Semoga Kita Berjaya menuntut sebanyak mungkin ilmu dan membawa pulang kejayaan untuk keluarga dan ilmu yang akan dapat dikongsi bersama serta bergelar seorang GURU... InsyaALLAH... Moga perjuangan kita di sini membawa seribu manfaat untuk kita terutama dalam melakukan amal makruf dan nahi mungkar. Semoga kita sentiasa bahagia dalam menuntut ilmu, dan menjalani ibadat serta mengukuhkan lagi rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Amin.... InsyaALLAH...