Assalamualaikum WBT... Muhammad Rizam Hj Bakri (^^) +60198011437

Monday, February 7, 2011

Ceriteria Lawak

Pergghhh!!! Letey sungguh hari ini, nie sume sebab kawad pengakap la nie. Ingatkn masuk unit beruniform pengakap xda kawad rupenya sume same gak... Sambil2 nk kurangkn penat nie saya nak berkongsi beberapa cerita lawak..... Jom bce...


Lawak 1
SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDINGLAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....

Lawak 2
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar.
Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon, saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???


Lawak 3
Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 4
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Lawak 5
Dalam sebuah kebun ada bermacam-macam pokok buah-buahan, tiba-kebun kebun tu terbakar, semua buah-buahan musnah kecuali 3 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. Buah Cempedak = diluar pagar
2. Buah Keranji = didalam perahu
3. Pisang Emas = dah dibawa belayar... jgn marah haaaa...


Lawak Pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
 ------------------------------------------------------
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
 ------------------------------------------------------
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
------------------------------------------------------
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
 -----------------------------------------------------
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
 ------------------------------------------------------
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
 ------------------------------------------------------
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
 ------------------------------------------------------
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
 ------------------------------------------------------
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Letih ke?? ye la tu ko letih..padhl tdi xda la kawad sgt pun..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Aq boo watt la kawad td, x tngk aq berpeluh2...

    ReplyDelete
  4. gelak tahap guling2 XD

    ReplyDelete